Tuesday, December 22, 2009

Rilisan !

Oke, this is some new relase from some records, do check it out and support our local act! :)



Masked Reader zine #9
http://www.myspace.com/corerockmoonrecs





Some release from Pissart Records, do check it out!
http://www.myspace.com/pissart
biteyourass@hotmail.com




Broken Needles new CD's. This disc compiles 26 tracks from Los Angeles, CA's Broken Needle, with the eight tracks from their demo, 10 tracks from their Lengua Armada 12", five tracks from their Schizophrenic Records 7", two comp tracks and a previously unreleased Uniform Choice cover.

- nervhousrecords.blogspot.com

- nizangmosh@gmail.com

Monday, December 21, 2009

Ganu Moshing Brigade!

NEW BANNER


hey ya! saya kembali utk memperkenalkan moshing brigade from ganu rawk city! yearghh! Turtle Mosh Brigade (TMB).

tak banyak yg saya perolehi dri interview kerana ahli yg di'interview' itu bukanlah founder TMB tpi mungkin sebagai moderator laman myspace diorang. haha. papehal, bacalah. :)


muix : oke, frst question, mcm mne TMB bermula?
First of all TMB dtubhkan pd 5/4/2009. Kitorang buat ni kerana smangat cnta akn muzik. Ni bermula masa amy ( founder) start lyn gig pd 2006, dan dia pun minat ber'moshing' ni, pd thn 2009 terfkir untk tbhkan TMB. Setelah mndpt smbtan yg agak rmai TMB pun ditubuhkan.

muix : So Amy founder TMB?
Yup, amy dengan sorang lagi kawan dye, afiq.

muix : ouh. oke. ade lgi. haha. so rata-rata ahli TMB ni masih bersekolah ke?
Yup, rata-rata masih bersekolah. :)

muix : Activity TMB stakat ni?
Kitorang tak banyak activity, just support gig-gig yang terdekat.

muix : korang tak pernah bwat kelas moshing ke? alah lebih kurang mcm shuffle gak, mungkin bwat bengkel untuk ahli TMB sendiri ke? Sebab moshing ni mcm menari gak, ade asas dan teknik, so?
Stakat ni bengkel dan class mosh tu tak ada. haha. mosh ni memang seni tari ada asas dan cara2-cara. mengikut diri masing-masing la kerana mosh ni bnyk jnis.

muix : Stakat berapa ramai ahli TMB?
Erm , ahli TMB dlm 20 lebih kitorng belum update lgi nama kat profile.
umur rata-rata masih bersekolah.

muix : ouh, bagi aku, korang buat gini sangat bagus la, orang kate postive and healthy lifestyle. Tapi kenapa knapa ko pilih mosh? sebab mosh ni hebat? atau sebab mosh ni cool dan bergaya?
Erm , mosh hanya skadar hiburan dan smangat yg ada pada seseorg. mosh ni bkn ganas atau hebat ianye hnye utk brhibur dan untk memberi semangat kepada band- band yang perform

muix : good, ade sesetengah budak ni tak pandai mosh tpi nak masuk gak moshpit, haaa, cmne tuh? korng pnye pandangan?
Ada jugak budak macam tu tpi pndangan kitorang takpe la bdak yg cam tu bleh diajar mosh bknnye trlalu susah.


muix : Dari sudut pandangan mata orang luar, mosh is violence? pandangan korang?
Bagi kami mosh is not violence, but a healthy lifestyle. :)

muix : haha, yearghh! so cukup la stakat ni, tanx a lot.
Welcome, terima kasih jugak kepada kamu keran sudi interview kami. :)


TMB Videos and photos :


biase je sek kitePart3

Turtle Mosh Brigade  ???


TMB Merchandise :

contact to 013 6013034 (Areh xXBCXx) or
http://www.myspace.com/boodarkclothing


Contacts :
- http://www.myspace.com/turtlemoshbrigade

End + New Year Gigs!













Hope enjoy and meriahkan scene tempatan! yearghh!

Sunday, December 20, 2009

Eastern Metal Spearhead - Dead Eyes Glow!

Hey! saya nak introduce band metalcore dari terengganu iaitu DEAD EYES GLOW! Selamat membaca. Tak banyak yang saya kena interview diorang sebab mereka dah bagi pada saya mereka punye media kit, so selamat membaca.

WE ARE DEAD EYES GLOW!!!P.SAPIXS BLEEDING!!


Sejarah Dead Eyes Glow (DEG)
DEG, ditubuhkan dlm pertengahan tahun 2006 (6.6.6) oleh lima sekawan yg semuanya penggemar aliran hardcore, yg mana mreka suka untuk menunjukkan minat dan cinta mereka akan 'loud and heavy music'!. Ia bermula apabila Aren balik ke kg halamannya (Kuala Terengganu) dan bercadang untuk menubuhkan satu band metal/hardcore bersama brothernye Apit, dan untuk represent the east coast hardcore/metal!.

Pencarian mereka untuk line-up taklah mengambil masa yg lama memandangkan Naza, Munk, dan Naem lepak kat tempat yg sama dan berkongsi minat music yang sama. December 08, Zack menyertai band ini sebagai vocals. March 09, Naem meninggalkan band ini atas urusan peribadi. Naxa K menyertai secara rasminya joined band ni pada July 09 dan mengambil posisi bassist dan untuk memberi ruang kepada Munk untuk concentrate kepada karier kerjanya. Tetapi, Munk akan terus join band dari semasa ke semasa. Dengan berbekalkan pelbagai music background, mereka struggle untuk express diorang punya emotions and belief !. Lahir, membesar, dan struggled dri bandar yang kecil di pantai timur Malaysia (Kuala Terengganu) menjadikan mereka semakin berusaha untuk memberikan impak baru pada scene metal/hardcore Malaysia. Perjuangan untuk 6 anak muda ini bermula!


Influence DEG
Kebanyakkan influence mereka datang dari band-band English Metal seperti Architects, Bring me The Horizons, Centurion dan etc. Oleh kerana kekurangan pendengar English Metal di Malaysia merupakan antara major faktor DEG memilih untuk meng'explore'kan muzik jenis ini dan mengeluarkan muzik malaysia yang fresh/unik.


DEAD EYES GLOW LINE UPS
Zack - Vocals
Apit - Guitarist
Naza G - Guitarist & Backup Vocals
Naxa K - Bassist
Aren - Drummer
Munk - Sessionist


DEAD EYES GLOW DISCOGRAPHY


ALBUM TITLE : SINGLE 2009 -DAMN THE SINNER.
PRODUCED BY : HISTORIC RECORDS,MALAYSIA.
DATE RELEASED : SEPTEMBER 9 2009.
PRICE : DOWNLOADABLE FOR FREE. Check at their myspace page
Tracks:
1. DAMN THE SINNER



ALBUM TITLE : IN SEARCH OF THE GLORY WE HAD LOST.
PRODUCED BY : HISTORIC RECORDS,MALAYSIA.
DATE RELEASED : AUGUST 1 2008.
PRICE : MYR 16 ONLY.

Tracks :
1. SINKING VESSELS.
2. BURN DOWN ESCURIA.
3. THE LAST FLIGHT.
4. DEVIL IN YOUR KISS.
5. RUPTURED MY REPLICA.
6. FOR THIS DEATH.
7. FRAGILE OPERA.
8. DEATHSTARS AND THE BLOODY SKIES.
9. ALBERT ENSTEIN LAST SUPPER.
10. THE FALSS OF GREATEST TRAITOR


DEG'S Press & Reviews

- Planet-Loud.com
"Forget America, forget London, where you really need to go for the kids that are doing it for real are places like Malaysia, places where there are no huge labels and massive advertising companies pumping money into the scene. These are places were the kids love their metal with an unhealthy obsession and it is this genuine love and passion that shows in their bands. Inspired by the current crop of British extreme metal bands like Architects, Bring Me The Horizon and Centurion as well as fellow noise-merchants like Norma Jean and Darkest Hour, this five piece show the talent and ideas to be worth a punt if your musical tastes lean towards the noisier end of the metal spectrum. While the initial tracks on their Myspace page sound raw and unpolished (part of the appeal of this band), a full EP is due out later this Autumn."

- REVOLUTION MAG-NOV 09-ISSUE 101
DEAD EYES GLOW FEATURED IN REVOLUTION MAG-NOV 09-ISSUE  101-GET YOUR COPY NOW.

- EMPAYAR MAG.-DEC 08-ISSUE 5
DEAD EYES GLOW SINGLE FLASH NEWS IN KONSERT MAG-NOV 09-ISSUE  103


DEG's Merchandise
DEG ade mengeluarkan 'Robocore' tee's design oleh Q Graphic dan di print oleh Suicidal Clothing dan sudah keluar dengan dua warna iaitu kuning dan putih. Mereka juga ada collaborate project dengan skate apparel SHUT UP! dan akan keluar sekitar 2010. Anda boleh check myspace diorang untuk maklumat lanjut. :)


Perkembangan Terbaru DEG
Baru-baru ini diorang upload single terbaru "Damn The Sinner" di lmn web myspace diorang dan blh download secara free. Dengan berbekalkan comment yang postitf dri pendengar, ia menjadikan mereka bersedia untuk keluar dari dunia underground. Sekarang DEG telah conentrate untuk rilisan album mereka yg kedua dan akan dirilis awl Januari 2010 oleh Historic Records. Recording studio telah diatur dan mereka akan merecord di Bandshop, Kuala Lumpur.

Pada masa sekarang, 5 lagu telah siap di'furnish' dan dalam keadaan yang baik. Pada Januari dan februari 2010, mereka akan kembali untuk tour sekitar Asia Region seperti Indonesia, Singapore, dan Thailand, dan semestinya Malaysia Tour.


DEG Previous Shows :
DEG telah banyak perfomed di gig sekitar Malaysia. Mereka juga pernah berkongsi pentas dengan band-band seperti Parkway Drive (Aus), Ignite (US), Magrudergrind (US), Eucalypt, (Aus), Burgerkill (Ina), Sweet As Revenge (Ina), Overthrown (SG), Stompin’ Ground (SG) dan lain- lain lagi.

IGNITE FEST 2009.FINAL POSTER
DEG @ PARKWAY DRIVE LIVE IN KL 2009.FEB 8 2009


FAQS :

1. Pendapat DEG tentang mse depan scene di terengganu?
Alhamdulilah,kami amat teruja dgn perkembangan scene di terengganu. Band-band yang sedia ada sekian lama juga telah mampu memecah pasaran di luar Terenganu mahupun scene antarabangsa. Dengan adanya banyak bakat-bakat baru, clothing label baru, bilangan gigs yang meningkat & juga distro-distro, scene terengganu mampu bergerak lebih maju di masa akan datang. Syabas untuk semua dan bersama-sama lah kita semua menjaga scene yang kita sayangi ini untuk generasi seterusnya! Last but not least, perangi semua anasir-anasir yang tidak sihat yang akan melemahkan kita and keep on struggle even though the Terengganu scene had been used by a certain major indie label that only think about making profit for their ass, instead of helping each other to make a victory to Terengganu scene.


2. Last words for fan?
Untuk semua shabat-sahabat DEG, setinggi-tinggi penghargaan kami ucapkan kerana sudi supports band kami for almost 3 years & a half now.Kehadiran band kami di dalam scene Terengganu hanyalah semata-mata cooperation untuk semua!Sila layari page kami di Myspace untuk mendengar Single terbaru dari kami, Damn The Sinner dan download single tersebut secara percuma!Untuk sebarang info, show's bookings & sebagainya, email kami di Myspace or call 012-2219707. Dapatkan juga Debut album 2008 DEG, 'In Search Of The Glory We Had Lost' di distro-distro or kedai muzik berhampiran anda, segala maklumat mengenainya telah dilampirkan di Myspace kami.Sekali lagi,terima kasih kepada semua & juga mr. muix kerana sudi meluangkan masa dengan DEG.Love & Respect from all of us!



Contacts:

Official website:
- www.myspace.com/deadeyesglow
- www.purevolume.com/deadeyesglowmy
- www.facebook.com/deadeyesglow
- www.twitter.com/deadeyesglow
- amp.channelv.com/deadeyesglow

Sebarang crticts, feedback, boleh email di:
- historic_records@yahoo.com
- dead_eyes_glow@yahoo.com
- gastacops@yahoo.com (available at Yahoo Massenger)
- For shows booking, Dead Eyes Glow boleh call +6012-2219707 (aren).

The Yakkub - I'm The Winner EP




Ini adalah rilisan terbaru band garage rock dari kuala terengganu, THE YAKKUB, band ini mempunyai potensi yang agak hebat. Berlandaskan band-band seperti Wolfmother, The SIGIT, AC/DC, mereka menghasilkan muzik yang baru atau 'fresh' dan mereka meletakkan scene GANU kita setapak di hadapan. hehe.

Recording : Two Fingers Production Studio

Price : RM 5(by hand)

Contacts :
Koja - 0145151182
Arman - 0139925254
www.myspace.com/theyakkub

Monday, November 23, 2009

Senandung Pawer Kord!



assalamualaikum,

oke, CD ni aku dapat dri Nizang (Nervhous Records) mse gig raya aritu, tanx bro! hehe. oke ni list track dye n sedikit comment k. enjoy reading!

Intro
oke, intro yg menarik. situasi radio lama. hehe. agk funny. aku enjoy dgr. :)

1. T.I.M - Dia (Sheila Majid)
oke, beat lagu ni agk laju. nice edit. cume vox nmpknye agk tenggelam tpi still buleh enjoy. hehe. aku suke part drummingnye. good job, T.I.M !

2. Carbon 4 Teen - Gadis Ayu (Black Dog Bone)
oke, ni track faveret aku. suare vox ni btul2 punkrock habes! bunyi rythm mereka ade mcm Buttersound la. CUbe dengar mse ending n intro lagu ni. hehe. Gadis Ayu!

3. Toxictoy - Antara Cinta dan Kasih (Aishah)
Permulaan yg agk bingit dri band Jerantut ni. Sound gitar agk bising, mcm x tersusun. tpi still boleh enjoy. oke, the chorus is energetic. Tpi sayang, bunyi bass mcm ta kedengaran, mungkin di'cover' oleh bunyi gitar.

4. 679 - Chow Kit Road (Sudirman)
Intro, kedengaran suara Sudirman. Teringat zaman dulu, hehe. Intro guitar yg menarik. Permainan yg laju, tpi kemas. Cume bunyi horn buleh di'colourful'kan lgi oke. :) drumming beat yg pantas! plucking gitar mse 3.09-3.11 amt menarik. Overall, song ini great, recording pun bagus.

5. Half-Asleep - Sinaran ( Sheila Majid)
Intro, yg punk! haha. Anda sendiri ta boleh bayang mcm mne lagu ni tetibe bertukar dri slow ke laju gile! haha. Suara vox mcm suare vox cock sparrer, ta ingt nmenye. hehe. sowry. :)

6. Skunkfix - Masih Aku Terasa (Gersang)
oke, permulaan yg agk blues. suare vox band ini agk mendayu tpi baguslah. Sesuai dengan lagu ni. Lagu ini dari slow menjadi laju. :) Timing yg molek. Rhythm yg smart! Suare vox ini mmg berlainan dri mse dlm album Punkrock Paradox.

7. Killing Steward - Basikal Tua (Sudirman)
Intro, dialog mat saleh bercakap tentang kepentingan basikal tua. Lagu ini seperti dirasuk elemen punk n hardcore. hehe. Vox band ini seolah ein (second Combat), dye bersyarah! hehe.

8.The Liberals - Penggangur (Sudirman)
Sound kelihatan ta jelas. Recording seem ade ta kena. Payah bgi saya nk komen. hehe. Riff guitar yg menarik dri band ini. Tu part yg aku suke sangat!

9. Soul Saviour - Khabar Buat Ibu (Alleycats)
Sound yg campur aduk. Agk bingit. Mungkin kuat sangat distorted. Pada pertengahan, lagu ini beransur oke. Baru r jelas nk dengar. hehe.

10. Stick No Bill - Hanya Di Radio (Headwind)
wohh! vox girls! mmg smart. ade kelainan. Permainan yg kemas. Distortion guitar kuat mse chorus. Pilihan lagu yg bagus. Aranggement yg bagus. Hanya di Radio!

11. Cock Say Cock Dung - Suratan Takdir (Gersang)
Kualiti recording yg agk down. Sound gitar agak bingit mungkin kerana tuning ataupun recording, aku tatau la. :) Harap dapat baiki lagi recording ni. Ade scene gaduh kt tgh2 lagu. hehe.

12. Sally Faerie - Wajah Rahsia Hati (Fauziah A. Daud)
Oke, lagu ni dibawa dengan irama retro n rock. Dalam lagu ni ade part 'goreng' yg menarik. Enjoy, suare vox betul2 matching dengan lagu ni. Gud job, recording pun bagus.

13. Always Last - Persamaan (Freedom)

Lagu yg laju. Smart play. Vox yg menonjol, dye dapat menutupi bunyi background musix yg kuat. Gud Job!

14. Geng Gemok Keji - Hingga Akhir Nanti (Alleycats)
Lagu ini diubah menjadi ska n reggae. hehe. Enjoyable. Suare yg buleh tahan. hehe.
Kemudian mood lagu ni bertukar menjadi laju. hehe. Then, bertukar kembali reggae. :) Ending yg menarik.

15. Mooda Moody - Gadis dan Bunga (Rahimah Rahim)
Here comes the skinhead.Oi! Ade sound2 retro la. hehe. Vox tenggelam sket dengan background music. tpi still a song to enjoyed. hehe.

16. Slepping Jeremy - Ayahku dan Angkasawan (Kembara)

Band ganu turtle city! lme ta dengar crite mereka. :) Mereka tukar lagu ini menjadi lagu yg best untuk sing along. GREAT! aku turut sing along bersama adik-ku ketika dengar lagu ni.

17. Dum Dum Tak - Rupa Tanpa Wajah (M.Nasir)
Riot! haha. Lagu ini bertukar menjadi punk rock. wohooo! A song that you will never know that M. NAsir sing this song! This Dum Dum Tak's version. :) great job guys.

Ending
Kedengaran bunyi telefon dan ade dialog yg menarik. hehe. so inilah pentup tirai untuk cd ini.

____________________________________________________

Konklusi
Cd ini sarat dengan kumpulan lagu-lagu lama dan dijahanamkan oleh band-band perasan! haha. Papehal, it's a worthful cd to have. so enjoy! :) Jka anda berminat mendapatkan cd ni sila kontek :

Nervhous Records
- nizangmosh@gmail.com
- nervhousrecords.blogspot.com

Pissart Records
- biteyourass@hotmail.com
- www.pissartrecords.com

Gigs Update! !!

the list of latest bands including the most top band from australia.. ghosttown... peace..

EP LAUNCHING GIGS..COMING!!!

amat menantikan! :)

Sunday, November 22, 2009

Nasi Dagang Raya Gig

assalamualaikum,
hehe. lme ta tulis nim. oke, gig ni diadakan di dewan seri budi, kuala terengganu. oke, aku sampai dalam kul 1.30. ingatkan dh lambat tpi gig ni x start lgi. band2 sume ta habis soundcheck lgi. jdi menuggula saya ni. dlm kul 2.00,
Daus ( Protege Music ) telah menyeru sume pendatang indie supaya masuk ke dlm dewan.

hurmm, 1st band,
The Killing Apes. band yang dianggotai seramai 5 org anak muda. band ini juga pernah menyertai pertandingan Gegar Idola DIGI. Band yg menjadikan Bunkface, Great Spy Experiment sebagai inspirasi mereka membuka tirai gig ini dengan 'cover' lagu I Don't Love You dari My Chemical Romance. Drumming yg bagus dri Epa dan permain yg teratur dri band ini. kehadiran crowd buleh tahan tpi crowd maseh ta panas! next, mereka maseh men'cover'kan lagu We Are The Kings iaitu Check Yes Juliet. Vox band ini menyeru crowd hadir ke depan. tpi crowd maseh duk di bawah. aku pun nek heran. hehe. Mereka kemudiannye men lagu 'cover' dri All-American Rejects, I Wanna. kemudian, lagu terakhir mereka iaitu Ku ingin Terbang Tinggi. Lagu ini mendapat sing-along dri crowd. woohh! ni bru best. Bgi aku, band ini boleh gy jauh.

gig1


Band seterusnya, Centbox, mereka bawakkan lagu mereka iaitu Malam Minggu. Blh tahan permainan diorang, crowd sing along. nmpknye fanbase mereka kukuh la. hehe. Kemudian, mereka membawakan 'cover' dri kumpulan Bunkface, Revolusi. lagu ni takyah cakap la, lgila sing-along! Riot! haha. itu je aku dpt gambarkan. :) aku pun tatau cmne tetibe muncul 1 moshpit! apa lagi ber'moshing' lah budak TMB (Turtle Mosh Briged) yg mmg gian dri tdi. perfomance yg hebat, vibe pun ade. tpi suare vox mereka tenggelam.

Next ,Copiest yg membawa music punk rock me
mbuka tirai mereka dengan lagu 'cover' 21 guns dri Green Day. Mereka seterusnya meneruskn persembahan mereka dgn lagu2 mereka. Kemudian, Superzealous mengambil alih. Aku ta mentioned lagu ape yg diorang men, tpi they have energetic game. Last song diorang hebat. Rythm yg smart dri gitaris mereka.

gig2

Kemudian, The Yaakub pula tiba. 1st long dh sing along, lgu I Love You Bibeh dri The Changcutters . Permainan yang rancak dan hebat. Inilah semangat Garage Rock mereka, Rock n Roll! hehe. Kemudian lagu Pornpuan menyusul. Lagu yg mendapat perhatian di malayapark.com! Vox mereka bunyi mcm ala2 Kurt Cobain mse album Bleach. Crowd request nk lgi, tpi mic plak wat hal. Setelah 10 minute, mic oke. Tpi sudah giliran Someone plak ambil alih. Drumming yg buleh tahan dri Bali. Band ini mempunyai Vox girl, sudah mcm2 Paramore n Flyleaf. Rhytm yg hebat. Mereka membawakan lagu Senja, mendapat sing along dri crowd!

Band seterusnya, Alienis Beatiful, band HC yg famous! haha. sudah lama ku tunggu. Heat begins to say. Sume mosher dh bersedia. Sebaik saja drum beat mereka bermula, maka bermulalah 'neraka' mosh pit. haha. Drum beatnye to fast to die! haha. Vox yg mantap. Siap crowd surfing. Tetibe jam menunjukkan pukul 5.30 petang. Aku kene cau lu, adehal sket. hehe. So aku terlepas band2 yg best seperti, Dead Eyes Glow, Tunelari n many more. Srry guys!

p/s : Nizang, tanx sbb bgi cd free! :)

Saturday, November 21, 2009

akhirnya..

at last, my 2nd sem at MRSM end. now is school holiday. haha. watch out for nasi dagang raya jamm and some release comment. :D

p;s, wait k.

with love - muixdeadbodies

Wednesday, September 23, 2009

Protege Music !

assalamualaikum n slamat hari raya. :) sekarang saya nk perkenalkan satu daripada rising-up organiser gig di terengganu ni. nmenye PROTEGE MUSIC. ni some information yg aku dpt dri salah satu crew Protege Music iaitu, DAUS45.

mdb : oke, ceritakn sket tentang Protege Music?
daus : pada asalnye TIBA (Terengganu Indiependent Bands) adalah nme asal tpi kemudiannya telah ditukarkn kpd Protege Music.

mdb : so skrang brpe crew Protege Music ni?
daus : oke, kitorang ade 3 org, ekay (bos) , aku (daus), dan last skali One's

mdb : so projek terbaru korang?
daus : emm, nasi dagang raya n ignite fest, bulan 11 nim. jemput datang beramai-ramai k. :)

mdb : so planning korng skarang?
daus : kitorang ni masih bru lagi. tpi kitorang cadang nk bukak studio yg under Protege Music.
tpi kitorang skarang masih mencari duit.

mdb : ouh, oke. gig korang yg lepas cmne? oke?
daus : gig yg lepas oke. first gig kitorang rugi. tpi gig raye ni okay kot.

mdb : audio system cmne? korng punye ke?
daus : tadelah, sume tu sewa. gune duit masing2.

mdb : ouh, okla,DIY! hehe. so ade tak band yg bernaung bawah label korng?
daus : stakat ni xde lagi.

mdb : oke, any last words?
daus : kitorang nk naekkan nme band tganu n buka satu studio. :)


GIGs Protege Music :

TERENGGANU INDIPENDENT BANDS GIGS(TIBA GIGS)

TIBA GIGS
NASI DAGANG RAYA - SPIRIT OF RAYA..COMING!!!

Sunday, August 30, 2009

Irama Punk Cock Say Cock Dung!

kami

assalamualaikum. haha. oke, aku nk introduce band punk ganu iaitu Cock Say Cock Dung (CSCD). Band ni smakin rising up! dan bnyk mendapat invitation gig. Mereka bernaung di bawah Nervhous Record. oke, ikuti interview aku bersame rahimie (bass/vocal) band CSCD.


mdb (muixdeadbodies) : assalualaikum.
rhm (rahimie) : waalaikumsalam.

mdb : so line-up CSCD hingga hari ini?
rhm : Jue - guitar, mudrik - 2nd guitar(vocal), Rahimie - bass(vocal), Yoe - drum.

mdb : so cmne buleh dpt name Cock Say Cock Dung (CSCD)?
rhm : ermm, kitorang dpt nme CSCD ni mse lepak kt kedai mkn. bnyk sngt cadangan psl nme band ni, so cock say skali, jdi COCK SAY COCK DUNG!

mdb : oke, haha. so korang punye influence?
rhm : ermm, kalau kt malaysia ni, of course carburetor dung. kat ganu plak, the goodnite goodies n nothing after. :) kalau kt luar negara, marjinal! hehe.

mdb : so dlm CSCD ade yg maseh blaja?
rhm : tade. sume dh keje. hee.

mdb : so projek korng yg terbaru?
rhm : oke, kitorang skrng cume rekod lagu baru dan besar kemungkinan kitorang ade nk wat split dgn Dum Dum Tak(DDT). hehe. projek tu nizang(nervhous record) yg cadangkan.

mdb : whoa! mesti best. hehe. so mcm mne dgn penjualan cd Kronik Kronisme?
rhm : ouh, stakat ni yg aku jual sume sold-out. nizang & aniq(disarm record) ade gak tlg jual. hehe. tpi xbrape puas ati la.

mdb : maksud kau, dari segi penjualannya?
rhm : tadela.maksud aku, dri segi lirik, sound.

mdb : ouh, korang nk bwat yg lebih berkualiti?
rhm : yup, kalo blh dari segi lirik n lagu la. sound tu tak kesah mne. dye sbnrnye ats kepakaran org tu setting.

mdb : knape x try rekod kl? mungkin for sound yg lebih baik n mantap?
rhm : mcm aku ckp tdi la, sound penting tpi kiteorang nk fokus pada lirik n lagu dlu. kalau blh cd yg bru nanti, kitorang nk yg lebih berkualiti lgi la.

mdb : ouh, skrng bnyk organiser bru kt scene ganu kita ni mcm protege music & diorang pun maseh muda, pendapat kau?
rhm : oke, bgi aku sngt bagus la. keep the gud work smpi mti! hehe.

mdb : haha. bgi kau, band ganu mne yg blh pergi jaoh?
rhm : bagi aku? ade yg blh pegi smpi mainstream pun ade. aku cdngkn the tunelari & dead eyes glow.

mdb : oke, cube korng describe muzik CSCD?
rhm : ade yg kte muzik CSCD mcm oi!, tpi kitorang lebih kepada punk!

mdb : oke, tpi pendapat aku, korang punye muzik skit mcm green day la. Pop punk!
rhm : yup, serupa mcm review drpd zine(x ingt nme), diorang pernah kte camtu. hehe.
cscd

mdb : so stakat ni kt mne dh korang men gig?
rhm : bnyk, kat kl baru due kali, kt ampang. tpi kitorang bnyk men kt 60's studio, Kuala Terengganu.

mdb : skrang isu nazist, racist dh berlarutan. komen?
rhm : haihh, memang. payah nk bendung. kerana segelintir orng, rosak scene!

mdb : oke, sblm aku undur dri, any last words n harapan ?
rhm : oke, punk sokmo! haha. kepada fans, hayati lirik n songs kami k. :)

discography :



1st ep : Kronik Kronisme

Track : 1. Yesterday
2. Free Voice
3. NiSB
4. Drug Are Suck
5. Harian Metro

youth culture compilation 2
This Is Youth Culture Compilation Vol. 2


Time Is Monkey Compilations

Contacts :

- www.myspace.com/bahangrambang
-
0179158554(amin)
0179617093(rahimie)
0139700683(yoe)
- www.myspace.com/nervhous

Sunday, August 23, 2009

Terengganu Scene!

oke, sekarang scene kt sni dh bnyk berkembang. lahir band bru seperti the killing apes, the yaakub, dead eyes glow, the tunelari, n many more! kalau dlu biasenye gig akn diadakan di 60's studio tpi nmpknye setelah habis Nasi Dagang Raya Jamm pada tahun lepas. Gig sudah tidak lagi diadakan di situ. knape? saya sendiri pon tak tahu. :) mungkin ade masalah kot. tpi sejak baru-baru ini sudah banyak gig diadakan. hehe. nampaknya scene di terengganu mungkin boleh diangkat semula. yearghh!!

Setelah era gig di 60's studio tamat, gigs kini diadakan di dewan seri budi, TER, dan diadakan di tempat-tempat yg bru dan muncul jugalah organiser2 yang masih muda seperti TIBA yang terdiri daripada dalam kalangan remaja berumur antara 17 - 24, kalau tak silap saya. hehe. :)

di sini saya selitkan flyer utk gig di hari raya nanti!


gig

welcome!

assalamualaikum. welcome! knape tulis blog? saja. haha. sebenarnya luahan hati dan perasaan sorang anak muda di bumi terngganu yang ingin mengetengahkan pendapatnye yg membuatkan saya ingin menulis blog ini. hahaha. cakap panjang x gune gak. :D

- slamat membaca. :)