Monday, September 13, 2010

The Mindless Show - Punk Tanpa Perkauman!

kejung


Actually dah lama muix tak update. haha. this is some information and interview dengan salah seorang band members of TMS ( The Mindless Show), which is mr. Khabir of Pissart Records. haha ;)


1. Line-up TMS skrng?
Khabir - Vox & Guitar, Shah - Vox & Bass, Larn - drums

2. Kenapa pilih The Mindless Show?

Nama tu mucul sebagai mengutuk rancangan realiti TV macam akademi fantasia tuh,ianya sebuah rancangan yang tak berminda,rancangan yang juga membunuh rasionaliti penonton menjaikan mereka mangsa yang di bodoh bodohkan sebagai sumber mengaut keuntungan. secara tak langsung nama tu juga memberi refleksi bahawa sebahagian dari cerita cerita yang di bawa media dan apa yang di caturkan oleh orang yang kononya berkuasa sebagai sebuah rancangan atau tontonan yang tak berminda.



3. Discography TMS setakat ni?

2005 - The Mindless Show/Dead Chretiens(Canada) "Nah! Makan ini Bom!" (Split Cd-r)
The Mindless Show/Dead Chretiens - "Nah! Makan Ini Bom!" 2005 (Pissart) still available, just send your adress for free cd no shitting

2006 -The Mindless Show "Apakebangang" (CD-r) EP
The Mindless Show - Apakebangang?ep 2006 (Pissart) cd-r .300 cd-r burned and sold, the next press will be send without original covers

2008- Kompilasi "Time is Monkey" CD.

Rancangan lain
Split 7" dengan Gasoline Grenade dan Album CD. nantikannya!

4. Genre music yang TMS mainkan?
Punk Rock.

5. So setakat ni hows sambutan? fans?
eh ada sambung lagi interview nih rupanya hehe, sambutan ok lah, kitorang tak berharap sangat, sekadar untuk kepuasan sendiri je, asalkan dapat sebarkan apa yang terbuku di hati dan menzahirkan kreativiti untuk dikongsi dan ada yang suka dengan apa yang disampaikan itu dah cukup untuk kami.

6. Good work, Akademi Fantasia memang mengaut untung dan memperbodohkan masyarakat kita, kenapa masih ramai yang buta! so lagu korng pun lebih kepada political song, kenapa pilih music sebegini? Apa yg korang cuba perjuangkan?
Kenapa ramai yang buta? ye lah masyarakat malaysia terlampau banyak di sogok dengan hiburan hiburan yang melalaikan, mereka suka di buai buai fantasi dan dongengan,kerajaan pun kurang bagi penekanan bab nih, tak seimbang; lebih tang hiburan pulaknya haha, oleh sebab dah terlalu lama seronok dengan hiburan, kebanyakan masyarakat di malaysia lebih gemar berhibur semata.tak semua lah, tapi ramai jugak tu..lagu kitorang formatnye lebih kepada personal is politic, jadi ape ape pun di sekeliling kita adalah politik, muzik yang kami reka tuh hanya bentuk art yang kami zahirkan dari kebolehan yang termampu kami dalam menggubah lagu, sesuai dengan bentuk lirik dan jiwa kami,jadi tiada pilihan spesifik ia boleh berubah mengikut apa yang kami mampu buat sebab seni yang kami bawa dan pinjam ini adalah sangat bebas.perjuangan? punk rock:kerana ianya adalah idea yang membawa dinamik permikiran yang tidak terkongkong atau mengongkong.

6. Semua ahli band ini sudah bekerja atau ada yang masih belajar?
shah dah nak abis blajor, yang lain sume kerja

7. Kita cakap tentang racist la, baru2 ni ade 1 gig punk, tapi aku tak ingat namanye dan HFC telah boikot gig ni, diorng kata ade unsur2 racist, so pendapat TMS tentang racist yg ditunjukkan budak2 punk skrng?
secara common sense nye punk rock adalah juga sebuah idea yang menentang sebarang bentuk bigotry atau kebencian membuta terhadap perbezaan, jadi aku boleh kata yang sebenarnya punk yang racist tuh poseur je sebenarnya terikut ikut orang lain dan lebih kepada nak ada kuasa dalam gerombolan kawanan, fikiran mereka kontot dan kebanyakannya nak tunjuk kuat je. perkauman tu adalah ibarat menentang hak seorang manusia yang tidak bersalah untuk hidup sebagai apa yang dia dilahirkan, dah banyak zine yang hi lite untuk kita bayangkan bagaimana kalau kita di lahirkan menjadi orang dalam kumpulan yang mereka benci sangat tu?? tersangat ironi. kita kalau nak menghukum adalah berdasarkan atas apa kesalahan yang dilakukan orang tu, bukan sebab warna kulitnya.jadi adik adik kecil jangan cepat terpengaruh, perkauman sebenarnya hanya akan memakan diri.ramai pernah sebut nih ---> think before you act.

8. so future plan TMS? tour ke?
ape apehal kitorang nak kluar full length dulu,baru la bleh bawak jalan jalan merata, jadi untuk masa terdekat ni kitorang banyakkan kumpul lagu untuk direkod, jadi tunggu masa yang sesuai je

9. last words? :)
apa yang aku jawab nih adalah jawapan individu, tak mewakili ahli band lain, diorang mungkin ada pendapat berbeza tentang sesetengah isu yang di utarakan, kalau ada mana mana bahagian yang mencurigakan dan inginkan ulasan lanjut bolehlah hubungi aku terus, kitorang sangatlah friendly dan sangat mengalu alukan kawan kawan baru dari serata dunia.ayuh berkomunikasi, kongsi idea.Trima kaseh kepada encik Muiz kerana sudi menginterview and semoga sukses dengan ezine ko okeh. Peace.

Sekian ape ape hal roger kami di; www.myspace.com/themindlessshow email di: biteyourass@hotmail.com lawati blog kami di: www.themindlessshow.blogspot.com check out label bersekutu di: www.pissartrecords.com

HOT NEWS !

GASOLINE GRENADE/THEMINDLESSSHOW SPLIT CASS
- Just release get it now from this two punk-band Gasoline Grenade/The Mindless Show !!